Pada 3 Januari 2012 yang lepas, pihak KWSP telah memberi jalan mudah untuk pencarum-pencarum yang beragama Islam untuk mendaftar untuk mengerjakan haji. Tetapi ada syarat-syaratnya. Dan
1. Mempunyai sekurang-kurangnya RM1,300.00 dalam Akaun 1 KWSP.
- Yang ni jelas kan. Akaun 1 adalah akaun yang korang takleh keluarkan sampai korang retire. Carumah daripada majikan tu. Tak mungkin takde kot. Sapa2 yang ada KWSP memang akan tau. ada RM 1301.00 pun korang dah boleh daftar haji. Hoyeyyy
- KENA JELAS YE, PENCARUM TAK KELUARKAN DUIT RM 1300 TU DAN TERGEDIK-GEDIK BAWAK KE TH. DUIT TU AKAN DIDEBITKAN/DIKELUARKAN OLEH PIHAK TH NANTI. ~ala macam lah tak tau, kalau la 1300 tu pengeluaran, tak sampai ke TH la gamaknya.. Ke Midvalley lah kita..
2. Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap
- Maksudnya, orang yang ada caruman KWSP adalah warganegara Malaysia dan Permastautin Tetap je. Cuba tanya kat Mat Bangla yang keja tu, diorang mesti kata "Apa itu KWSP? kereta ka?". M
akhlukWarga asing takdemencarutmencarum yer. Jelas? Terang? Nyata?
3. Beragama Islam
- Yang ni aku malas nak explain. Takkan lak Thien Pek King yang bukan beragama Islam tu nak daftar kot? Sah2 orang Islam je pegi haji. Ape daa...
4. Belum mencapai umur 55 tahun
- Hai... dah lebih 55 kan dah pencen. Tunggu la duit EPF @ duit pencen kuar, korang g daftar sendiri kat TH.
5. Mempunyai akaun simpanan di Tabung Haji
- Wajib ada. Senang orang TH nak pantau duit korang cukup ke tak nak g Haji nanti. Okey. Nak bagi clear, RM 1300 tu hanya untuk PENDAFTARAN sahaja. Korang tetap kena simpan duit kat dalam TH untuk cukupkan duit korang masa g Mekah nanti.
- Nak bukak akaun TH senang je. Pegi je kat TH dan cakap kat minah/mamat tu korang nak bukak akaun TH. Bagi RM 2 saje. Kalau korang leh g Kepsi bayar 10 hengget, takkan 2 hengget pun takde. Babap nak?
- Oh yer sebelum terlupa. Korang kena ingat walaupun duit dalam akaun TH korang 13 billion sekali pun, kalau korang tak mendaftar haji korang takleh g haji. Jadi ingat mendaftarlah ye.
Settle ngan syarat2 die.. Sekarang kalau syarat2 tu dah korang penuhi, barulah kita pegi mengundi mendaftar.
1. Cetak penyata KWSP anda.
- Caranya, cetak sendiri guna i-Akaun yang guna tenet tu, atau pun g kat KWSP bawak IC dan cetak guna kiosk. Kalau tak reti jugak, mintak tolong staf KWSP tu. Jangan die nak dudok je. Korang susahkanlah die.
2. Daftar kat Bank Rakyat, Bank Islam @ Tabung Haji
Dah dapat penyata tu, korang berlari la selaju mungkin, kalau tak larat, drive or naik motor. Lau takde gak, korang naik la bas, tongkang, van sapu, or tumpang budak2 fixie tu g Bank yang boleh daftarkan korang. Yang aku tau Bank Rakyat, Bank Islam dan Tabung Haji. Korang tunjuk la penyata tu kat dia. Korang bagi muka eksen kat dia sbb dalam akaun 1 korang ada RM 1300 ++. Hahaha
Sekian sahaja. Semoga kita sama-sama boleh pergi haji dan sempat menjadi tetamuNya. InsyaAllah. Tak jelas lagi meh baca artikel ni. Borneo Post Online.
Psss:- Kalau daftar sekarang, bila agak² bila turn g haji? Apa? 2045 @ 2046 ? Semoga panjang umur aku. Masa tu dah 57 dah umur aku.. ok, tak pencen lagi. hahahha
No comments:
Post a Comment