Tuesday 9 October 2012

Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu...

Hahaha.. guling guling.. golek golek... 3D siap berpasir badan bila dengar gurauan dan lawak antarabangsa yang Trainer India aku sampaikan.. Bukan apa, dari segi showmanship (~betul ke ejaan nieh? ah lantak pi la~) memang menggamit jiwa siapa saja yang melihat. Senyuman  manis ala2 Rajnikan memang memukau. Puiii

Amek kau.. nak sangat

Kisah "SYURGA DI BAWAH KAKI IBU" amat memberi kesan kepada aku, Lobo (~budak junior lelaki yang gumuk itu) dan Jaja, si bumper hebat.. (~Kalah dah aku).. Kisah nya begini.. Pada suatu masa dahulu...

Seorang budak, (biar aku gelar die Buntak) belajar di sekolah. Semasa di sekolah Cikgunya mengajar berkenaan dengan Syurga di Bawah Tapak Kaki Ibu. Selepas tamat persekolahan, Buntak berlari tak cukup kaki tangan, siap guna gigi dan telinga untuk menambahkan aerodinamik. Nak laju la katakan. (~tambahan daripada aku. Biar cita ni nampak sangat bongak~) 

Setiba saja Buntak di rumah, ibunya sedang mencuci baju sambil mengenakan persalinan ala-ala wanita yang sangat seksi (berkemban cam cite embun). Korang kena ingat ye, kalau berkemban tu orang tua-tua ni akan dibaluti kain batik sahaja. Tiada kain lain selain kain batik.. Korang paham kan????? Pahamkan ye.. 

Dengan penuh keterujaan yang melampau, si Buntak berkata kepada (eh.. mak ke ibu ni? ahh lantaklah.. janji sama makna)

Buntak : Bonda (hahahha tiba-tiba), betulke cikgu cakap Syurga dibawah tapak kaki ibu?
Ibu        : Betul wahai Buntak. (lantas si ibu mengangkat kakinya)
Buntak : (Terpana. Mata bulat dan penuh tanda tanya bermain di kepala hotak Buntak). Bonda, itukah syurga itu bonda? (sambil menunjukkan ke bawah kain ibunya)
Ibu        : Itu syurga BAPAK kau!!!


Habis sahaja Rajnikan itu bercerita, aku berkerut.. http://matcuoi.com Aie... Tak paham.. Innocentnya aku.. Bapak die punya syurga? Bukan bapak die punya syurga kat bawah kaki nenek belah bapak die ke??? Argghhhh.. http://matcuoi.comtolong la bagi jawapan kat aku


Psss:- Sampai sekarang tak dapat jawapan.http://matcuoi.comhttp://matcuoi.com
 

No comments:

Post a Comment