Wednesday 31 October 2012

Kurang dari 2 tahun...

Short entry..

Just now talk about my future wif my future.. I asking to wait for another 2 years, and the answer is NO!!!

Did i ready enough??? o_O

I'm a PATI

Rasa serba tak kena jer hari ini.. Memang hormon tak stabil sangat2.. Kena plak masalah tak habis2 memang menggamit kemarahan la..

Since 2 days ago perasan tak nampak beg kecik tempat letak IC dan lesen tu dalam keta. 1st impression it must be in my netbook's bag. Then bila selongkar, ah sudah takde plak. Habis selongkar dalam keta plak. Hampeh. Takde...

Then terus call Mr. L nak tanyer kot2 die ada tgk ke... Die kata takde. Mana pergi pun tak tau. Lepas tu call Mr L lagi ngan suara penuh moodless. Wah.. Die siap pujuk2 lagi. Aku memang hangin je satu hari ini. Actually start semalam. Cian Mr L tunggu aku sampai kna hujan. Sowi Mr L.

Mr. L tau aku tengah gelabah n gelisah sbb tak de lesen nak bawak keta n takde Ic plak tu. Die offer diri temankan aku g lodge police report. Then trus g Balai Polis Kota Sentosa. N dia blanja lunch. Muka aku masam je. Nasik masuk mcam duri je dalam tekak. Siyes tkde feel nak makan. Memandangkan dari pagi aku tak makan apa2, n tak minum apa2, aku bedal gak.

Police report dah, now kna sediakan duit utk wat IC dan lesen. Lesen mati 8 hb plak. Alang-alang renew terus la...

Wednesday 17 October 2012

AdaMu : Ahmad Adam Shukri

Kalau tanya everyone, suma kot kenal ngan Adik Ahmad Adam Shukri ni. Lagi-lagi setelah kisah adik ni dipaparkan di Malaysia Hari Ini hari tu. Dan aku yakin ramai yang menangis melihat betapa adik ini menderita sejak lahir dan dia hanya dijaga oleh ibunya sahaja. Di mana ayahnya? Ayahnya mencari nafkah untuk mengubatinya dan mencari nafkah untuk dia dan ibunya di luar Sarawak.. Siapa Adik Adam ini?


Terkini daripada Adik Adam -
From Ahmad ADAM SYUKRI SN
Biodata Adam

Nama Penuh : AHMAD ADAM SYUKRI 
Tarikh Lahir : 04 March 2012

DAN MENGALAMI KEKURANGAN OKSIGEN...PD 09/03/12 SCAN MRI ADAM MENGESAHKAN ADAM MENGALAMI KEROSAKN PADA OTAK.ADAM TERPAKSA BERGANTUNG PD MESIN SEDUT KAHAK,OKSIGEN N MNYUSU MGGUNAKAN MESIN.

Kalau ditanya kepada aku sendiri pun, belum tentu mampu menghadapi apa yang dihadapi oleh ibu Adam, Puan NORAISAH MOHAMAD MALENA. Bagaimana ibunya Adam menghadapi semua ini amat mengagumkan aku. Sesungguhnya beliau amat tabah menghadapi semua ini tatkala suami jauh dari sisi dan dia terpaksa menjaga Adam seorang diri. Aku yakin, tiada yang mampu dilakukan oleh si ibu tatkala melihat si anak berselirat dengan tiub yang membelit tubuh si anak. Apakan daya si ibu melainkan hanya mampu berdoa agar si anak sihat dan mampu bertahan dan membesar seperti anak-anak yang lain.

Secara jujur, aku tidak melihat rancangan khas yang disiarkan di MHI pada tempoh hari. Bukan kerana tidak tahu ataupun tidak suka, tetapi naluri seorang ibu yang ada pada diri seolah-olah tidak sanggup melihat penderitaan yang dihadapi oleh anak kecil berusia 7 bulan ini. Ya Allah, Kau sembuhlah penyakit anak ini. Berilah kebahagiaan dan Kau tamatlah kesedihan di keluarga ini Ya Allah.

Terkini : Adik Adam menghidapi Cirit birit dan kini berada di Hospital Sibu, Sarawak. Semalam baca paper, dalam masa terdekat adik Adam akan dibawa ke KL untuk mendapatkan rawatan di sana memandangkan peralatan di sana lebih lengkap. 

Untuk membantu meringankan beban keluarga Adik Adam, bolehlah menghulurkan bantuan kepada

161136331818( maybank)
02040007292201(cimb)

NORAISAH MOHAMAD MALENA,
LOT 432 TMN SUSUR JAMBU,
JALAN JAMBU SELATAN,
96100 SARIKEI SARAWAK

Like lah Page adik Adam di  Ahmad ADAM SYUKRI SN



Wordless Wednesday [One]


Monday 15 October 2012

Winsor McCay

Sapa die? Arghhh aku tak peduli. Aku tulis bukan sbb nak buat tribute untuk die. Ramai lagi yang berhak aku buat tribute instead of him. Aku buat pun sebab aku men benda alah yang ada kat google tadi. Kalau orang bukak Google mesti korang tau apa aku maksudkan. Ala cartoon tu la..

Psss:- G main sana. Aku ngantuk sangat-sangat nie. http://matcuoi.com

Lee Chong W Mew Choo

Wah wah..

Akhirnya setelah sekian lama Chong Wei ngan Mew Choo kawen gak. Oh oh.. Sukenye aku.. (~weii apehal aku lak excited?? Sapa aku dengan Chong Wei? Tak pasal2 Mew Choo bagi service kaw2 ke muka ku.. Rabakkkk)

Anyway anyhow, glad to see them.. Sweet sangat. Nak kaweeeeeeeeeeeeeeeeennnnnnnnnnnnnn. FULL STOP!!!!!!


Psss:- Sayang... jom kawen... http://matcuoi.com http://matcuoi.comhttp://matcuoi.com

Monday Blues : Never Lose Hope....


Thursday 11 October 2012

PMS? Defuq

Arghhhhhhh..


Aku paling tak suka kalau sakit nak piyed ni. Cam gampang... Siyes, kalau aku sakit memang susah nak gerak. Kalau setakat sakit perut tu aku dah biasa. Tapi sekarang ni, Seminggu sebelum piyed memang wajib jerawat tumbuh. Bukan 1 tapi banyak. Bukan kecik tapi besar. Arghhhhh

Pastu mula la loya-loya, pening-pening cam orang pregnant. Memang susah sangat. Dah la aku bukan jenis yang suka makan ubat dan sukar tido la pening kepala. Yang paling aku tak tahan, pinggang aku sakit cam nak putus jer. Bawak dudok sakit, bawak berdiri sakit. Serba salah dibuatnya. Arghhhh

Bila dah piyed, sakit perut plak. Nak gerak dah macam udang kena bakar. Membongkok jer.. Arghhhhh


Psss:- Rindunyeeee.. Sayang, orang sakit... Puiiiii budget manja. Temepak pipi baru tau.

Yeayyyy Aku nak pegi Haji

Alhamdulillah.. Sampai seru dah. Isk belum lagi.. Baru ingat nak mendaftar haji. Tapi nak daftar haji kena ada RM1300. Ala, aku mana ada duit camtu.. Hmmm. Takleh la aku pergi haji nanti.. Kena kumpul duit lah ye? Jangan risau. Ada kumpulan yang boleh membantu. Kumpulan apa? KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA aka EPF. Paham? Camne? Meh aku nak kongsi



Pada 3 Januari 2012 yang lepas, pihak KWSP telah memberi jalan mudah untuk pencarum-pencarum yang beragama Islam untuk mendaftar untuk mengerjakan haji. Tetapi ada syarat-syaratnya. Dan calon-calon syarat-syaratnya adalah:-

1. Mempunyai sekurang-kurangnya RM1,300.00 dalam Akaun 1 KWSP.



  • Yang ni jelas kan. Akaun 1 adalah akaun yang korang takleh keluarkan sampai korang retire. Carumah daripada majikan tu. Tak mungkin takde kot. Sapa2 yang ada KWSP memang akan tau. ada RM 1301.00 pun korang dah boleh daftar haji. Hoyeyyy
  • KENA JELAS YE, PENCARUM TAK KELUARKAN DUIT RM 1300 TU DAN TERGEDIK-GEDIK BAWAK KE TH. DUIT TU AKAN DIDEBITKAN/DIKELUARKAN OLEH PIHAK TH NANTI. ~ala macam lah tak tau, kalau la 1300 tu pengeluaran, tak sampai ke TH la gamaknya.. Ke Midvalley lah kita..
2. Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap


  • Maksudnya, orang yang ada caruman KWSP adalah warganegara Malaysia dan Permastautin Tetap je. Cuba tanya kat Mat Bangla yang keja tu, diorang mesti kata "Apa itu KWSP? kereta ka?". Makhluk Warga asing takde mencarut mencarum yer. Jelas? Terang? Nyata?
3. Beragama Islam
  • Yang ni aku malas nak explain. Takkan lak Thien Pek King yang bukan beragama Islam tu nak daftar kot? Sah2 orang Islam je pegi haji. Ape daa...
4. Belum mencapai umur 55 tahun
  • Hai... dah lebih 55 kan dah pencen. Tunggu la duit EPF @ duit pencen kuar, korang g daftar sendiri kat TH. 
5. Mempunyai akaun simpanan di Tabung Haji
  • Wajib ada. Senang orang TH nak pantau duit korang cukup ke tak nak g Haji nanti. Okey.  Nak bagi clear, RM 1300 tu hanya untuk PENDAFTARAN sahaja. Korang tetap kena simpan duit kat dalam TH untuk cukupkan duit korang masa g Mekah nanti.
  • Nak bukak akaun TH senang je. Pegi je kat TH dan cakap kat minah/mamat tu korang nak bukak akaun TH. Bagi RM 2 saje. Kalau korang leh g Kepsi bayar 10 hengget, takkan 2 hengget pun takde. Babap nak?
  • Oh yer sebelum terlupa. Korang kena ingat walaupun duit dalam akaun TH korang 13 billion sekali pun, kalau korang tak mendaftar haji korang takleh g haji. Jadi ingat mendaftarlah ye.
Settle ngan syarat2 die.. Sekarang kalau syarat2 tu dah korang penuhi, barulah kita pegi mengundi mendaftar.

1. Cetak penyata KWSP anda. 
  • Caranya, cetak sendiri guna i-Akaun yang guna tenet tu, atau pun g kat KWSP bawak IC dan cetak guna kiosk. Kalau tak reti jugak, mintak tolong staf KWSP tu. Jangan die nak dudok je. Korang susahkanlah die.
2.  Daftar kat Bank Rakyat, Bank Islam @ Tabung Haji

 

Dah dapat penyata tu, korang berlari la selaju mungkin, kalau tak larat, drive or naik motor. Lau takde gak, korang naik la bas, tongkang, van sapu, or tumpang budak2 fixie tu g Bank yang boleh daftarkan korang. Yang aku tau Bank Rakyat, Bank Islam dan Tabung Haji. Korang tunjuk la penyata tu kat dia. Korang bagi muka eksen kat dia sbb dalam akaun 1 korang ada RM 1300 ++. Hahaha

Sekian sahaja. Semoga kita sama-sama boleh pergi haji dan sempat menjadi tetamuNya. InsyaAllah. Tak jelas lagi meh baca artikel ni. Borneo Post Online

Psss:- Kalau daftar sekarang, bila agak² bila turn g haji? Apa? 2045 @ 2046 ? Semoga panjang umur aku. Masa tu dah 57 dah umur aku.. ok, tak pencen lagi. hahahha 


Menghitung hari : 10 hari lagi

Wah wah.. Macam menunggu hari bersejarah jer.. Anyway.. bukan la. Belom masa lagi nak menukar status single ini kepada isteri orang. Untuk kesekian kalinya,

Actually, aku dan die dah deal untuk tidak berjumpa selama 2 minggu sampai 22hb. Aku pilih tarikh tu sebab  orang dah gaji. Haha. Chumel. Bagus la pemikiran aku nieh. Ape best deal kalau takde pertaruhan nyawa?

Die mulakan dulu, die kata kalau aku tak tahan sangap, and nak jumpa die walau setakat pegi minum Perjanjian Pangkor ini terbatal dan aku terpaksa bayar ganti rugi dengan membelikan dia jam. Defuq.. Nak mewahkan diri dia jer. Aku tak dapat apa?

Jadi untuk bagi Keadilan Rakyat menang, aku kena la bertanding. Maka, aku pun buat deal. Terima cabaran dia. Kena kemut sampai 2 minggu. Sebab nak mintak something. Siap lah kau wahai lelaki. Mula2 mintak full tank minyak keta. Pastu yang lain aku tengah carik. Berkulat lah kau bulan nie. Aku cukur sampai takde bulu kat badan ko. Ngan kening-kening aku cukur. Biar padan muka..

Gila jahat. Maaf ye

Psss:- Lama nya 10 hari ni. Sebenarnya dah tak valid sebab semalam aku dh pekena teh tarik ngan die. Lalala. Tapi aku siap pujuk bagi valid. Macam biasa, pujuk rayu aku berjaya. Hahaha

Tuesday 9 October 2012

Bukan nak kata lah

Ni bukti. Bukan aku nak katalah... Memang dah sahih ramai yang usha aku.. Walaupun aku hanya pandai masak meggi. Wuii. Kalau aku masak meggi tak seminggu korang kenyang. Kalau kurang dari seminggu nasib korang lah kan? 

Nampak karakter aku camne? Peramah. Baik hati. Pemurah (~eh tambah sendri namapk~). Korang je taknak percaya. Yang part gelak cam langsuir tu bongak je http://matcuoi.com . Aku ni sopan. Lemah lembut.  http://matcuoi.com



Never Rush into...


Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu...

Hahaha.. guling guling.. golek golek... 3D siap berpasir badan bila dengar gurauan dan lawak antarabangsa yang Trainer India aku sampaikan.. Bukan apa, dari segi showmanship (~betul ke ejaan nieh? ah lantak pi la~) memang menggamit jiwa siapa saja yang melihat. Senyuman  manis ala2 Rajnikan memang memukau. Puiii

Amek kau.. nak sangat

Kisah "SYURGA DI BAWAH KAKI IBU" amat memberi kesan kepada aku, Lobo (~budak junior lelaki yang gumuk itu) dan Jaja, si bumper hebat.. (~Kalah dah aku).. Kisah nya begini.. Pada suatu masa dahulu...

Seorang budak, (biar aku gelar die Buntak) belajar di sekolah. Semasa di sekolah Cikgunya mengajar berkenaan dengan Syurga di Bawah Tapak Kaki Ibu. Selepas tamat persekolahan, Buntak berlari tak cukup kaki tangan, siap guna gigi dan telinga untuk menambahkan aerodinamik. Nak laju la katakan. (~tambahan daripada aku. Biar cita ni nampak sangat bongak~) 

Setiba saja Buntak di rumah, ibunya sedang mencuci baju sambil mengenakan persalinan ala-ala wanita yang sangat seksi (berkemban cam cite embun). Korang kena ingat ye, kalau berkemban tu orang tua-tua ni akan dibaluti kain batik sahaja. Tiada kain lain selain kain batik.. Korang paham kan????? Pahamkan ye.. 

Dengan penuh keterujaan yang melampau, si Buntak berkata kepada (eh.. mak ke ibu ni? ahh lantaklah.. janji sama makna)

Buntak : Bonda (hahahha tiba-tiba), betulke cikgu cakap Syurga dibawah tapak kaki ibu?
Ibu        : Betul wahai Buntak. (lantas si ibu mengangkat kakinya)
Buntak : (Terpana. Mata bulat dan penuh tanda tanya bermain di kepala hotak Buntak). Bonda, itukah syurga itu bonda? (sambil menunjukkan ke bawah kain ibunya)
Ibu        : Itu syurga BAPAK kau!!!


Habis sahaja Rajnikan itu bercerita, aku berkerut.. http://matcuoi.com Aie... Tak paham.. Innocentnya aku.. Bapak die punya syurga? Bukan bapak die punya syurga kat bawah kaki nenek belah bapak die ke??? Argghhhh.. http://matcuoi.comtolong la bagi jawapan kat aku


Psss:- Sampai sekarang tak dapat jawapan.http://matcuoi.comhttp://matcuoi.com
 

Aku dan Pisang

Wah.... Tajuk post tak leh blah... nak obscene sahaja. Last night aku berusaha jugak mencari Pisang Berpecah itu.. Dan akhirnya aku berjumpa. Terus call si dia n ajak di g makan.

Sampai2 saja order Pisang Berpecah 2 satu vanilla satu chocolate ice cream.. Wow.. Memang tak tertoleh kat orang lain. Yang si die mmg tak tegor aku dah bila mengadap pisang tu (~sendiri dah ada pisang pun sibuk carik pisang.. Puii~)

Die memang Hantu Kak Limah eh salah.. Hantu Coklat.. Order Hot Chocolate. Maklumlah hujan pada malam tu. Sejok.. Kena la panaskan badan. Lau aku panaskan tak tau apa nak jadi. Pisang Berpecah ke mana kami ke mana plak nanti. Hakhak..

Nyesal plak tak snap pic Si Die tengah dok kunyah Pisang Berpecah tu.. Ruginyeeee. Biar die tengok muka orang sangap pisang camne. Gyahahahah.


Yang Vanilla aku punye, yang chocolate Pisang die.

Psss:- Tak kisah die baca ke tak belog bodoh ni, tapi aku tetap nak cakap lepas ni jangan sangap benda susah2 nak carik camni lagi. Sangap benda lain yang senang2 la cam kuaci ke, goreng pisang ke. Hari-hari aku buleh beli. Tapi peristiwa malam tadi, mintak mahap lah ye. Tak sengaja http://matcuoi.com http://matcuoi.com 

Monday 8 October 2012

Kata-kata hikmat seseOrang tentang LGBT

Minggu lepas si TV3 tu g kupas n kopek pasal LGBT. Aku ni takde la minat sangat ngan benda haram tu. Maklumlah, nafsu orang straight cam aku ni lain sket. Hahah. Nafsu kuda ko. LGBT tu menatang aper? Lesbian (puan+puan), Gay (laki+laki), Biseksual (bernafsu ngan dua2 gender) dan Trangender, aku sendiri tak tau. Tapi pakcik Wikipedia kata aku pun tak paham. Omputeh die pekat sangat. Kalah aku. Siot jer pakcik tu. Tapi aku rasa bukan yang tukar jantina tu ker? Jap g tanya Profesor Gugel lu.. Ok maksudnya yang pisang  nak jadi yang donut, yang donut nak jadi pisang. Korang paham sendiri sudey..http://matcuoi.com


Pic Hiasan : Pisang + Pisang = Banana cheese

Pic Hiasan : Tak puas ngan gender berlainan. nak test yang sama juga.
Siang lain, malam lain. pa cer?


Pic Hiasan : Donut + Donut 
Setelah perbincangan hangat dipulas, diperah oleh TV3..  Teman aku menjadi salah seorang daripada wartawan. Sibuk jugak kopek bagai nak rak sampai ke lubang cacing.. Ceh http://matcuoi.com

Solution yang die bagi kat aku senang ajer... G panggil budak2 LGBT tu menghadap die, melutut pun boleh. Takde hal. Bagi sorang sket merasa. Baru tau jadi straight ni memang meletop dan mampu menggegarkan segala kepala yang ada. Aku? Pandang atas bawah je kawan aku tu.. Bila tiba bahagian tengah aku berenti kejap. Tengah imejin.. So sweet.. http://matcuoi.com Hahaha. Setan sungguh http://matcuoi.com

Ku cari Banana Split itu...

Fuh... setelah sekian lama dan berhari-hari aku g bertanya sana sini kat mana ada jual Banana Split.. finally jumpa jugak di Secret Recipe di Jln Song Thien Cheok..

Naper aku sangap sangat nak makan banana Split tu? Cuba tengok pic kat bawah ni..


Sapa tak naik syahwat lau tengok banana besar & panjang camtu http://matcuoi.com.  Tapi aku takdela sangap camtu walaupun dot dot dot.. Hahaha.. Kalau tak kerana si ehem yang sangap tahap gaban nak makan benda alah ni, takde nye aku mencari bagai nak rak. Dah ready nak call orang KL untuk pos kan ke Kuching ni. Ape jadahla sangap n gian ngan benda susah nak carik camni. Kalau Banana Cheese tu aku leh carik bila-bila masa jer. Takpon banana die aku jadikan subject utama. Hahahah

Ready nak jadi driver jemput si ehem untuk g melampiaskan nafsu pisang makan  die tu. Ok Chow..

Psss:-  Cakap pasal pisang membuatkan hati berdebar dan nafas turun naik jer. Lagi² dalam keadaan sejuk2 ais camni. hahhaa. Mampos.. Mana na carik????http://matcuoi.com

Finally Buleh keja Upis Hour...

Selamat petang...

Just got an email from my manager pasal shift keja saya. Hehe.. Finally dapat keja opis hour.. Tapi shift elaun takde la plak.. huhu..http://matcuoi.comBut nvm, 2 bulan je pon.. Huhu
Ini lah sedikit kandungan email Manager tadi yang diforwardkan kepada pihak HR.. http://matcuoi.com
Oleh itu mulai bulan Oktober, Pn. Noorzainora akan bekerja pada waktu normal iaitu 8.30am-5.30pm dan rehat pada Sabtu dan Ahad. Maka “shift allowance “ tidak akan ada pada waktu tersebut .Mohon pihak puan untuk memaklumkan pihak HR.