Tajuk macam siot.. Tapi siyesli aku tibe² terfikir pasal benda ni. Hati ini milik siapa? Tajuk entry ni bukan membawa maksud aku seorang tetapi mungkin juga kepada wanita lain di luar sana.
Perhaps ramai kot wanita outside there masih berteka-teki dengan hati dan perasaan sendiri. Berkapel dengan orang lain tetapi dalam hati masih ada orang lain. Jawapan penuh klise, kami hanya berkawan tetapi hakikatnya ada perasaan yang jauh berbeza dari seorang kawan. Itu kalau melibatkan insan berlainan jantina dalam diri yang lebih dari seorang..
Bagaimana pulak jika pada dasarnya cinta atau hati itu sudah dimiliki oleh seorang insan yang sememangnya diimpikan untuk terus dimiliki selamanya? Tetapi atas kekangan dan patuh kepada keluarga, perasaan itu terpaksa dilupakan. Untuk sementara atau selamanya.. Mungkin bagi yang empunya diri, ada sebab kenapa ingin terus menyimpan perasaan itu sehingga disatukan. Semua nak cepat kot. Bukan apa, better cepat jadi yang lain boleh dihadapi bersama. Namun, kerana tiada persetujuan daripada family harapan dan impian umpama diketepikan demi menjaga hati keluarga dan akhirnya kedua-dua empunya diri kecewa. Hmmm
Di sini memang jelas bagaimana keluarga didahulukan daripada perasaan sendiri. Dan tanpa pengetahuan keluarga semua ini disimpan tanpa mahu terbongkar.
Mak Peah Paha Besar : Family becomes first, but the truth is family is not the 1st who know your problems.
No comments:
Post a Comment