Antara yang aku tanya semalam 4 orang. Kesemuanya lelaki..
Lelaki #1
He said Cinta and Sayang adalah sama. I'm asking him (he had a girlfriend - special one), did he "sayang" aku? Then the answer is YES. Did he "cinta" aku? His answer also yes. Aku tanya naper tak jadikan aku girlfriend jer? Jawapan.. Tutttt.. Only we know.
Lelaki #2
Die kata Sayang adalah perasaan yang membuatkan kita sanggup berkorban untuk orang itu. But CINTA die takleh nak takrifkan. Hmmm. So that nampak die pun takleh nak bezakan. Hoho. Hampa lagi aku dibuatnya.
Lelaki #3
Sayang boleh kepada ramai. Tetapi Cinta hanya pada yang 1. Hmm. Not Bad.
Lelaki #4
Sangat tidak boleh diguna. Langsung tak tau. Dan dialah yang bertahta di hati. Opss
Masa aku baca kamus dewan pun lebih kurang je maksud dia. Cinta bersinonim dengan kasih sayang. Sayang ertinya cinta kasih. The fish betul la. Hmmm. But, camne pun aku suka madah dibawah
Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.
.
Saat kau MENYUKAI seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah aku menciummu?”
Saat kau MENYAYANGI seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah aku memelukmu?”
Saat kau MENCINTAI seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya…
.
SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata “Sudahlah, jgn menangis.”
SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dibahumu sambil berkata, “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. “
.
SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,”Ia sangat cantik/tampan dan menawan.”
SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,”Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..”
.
Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu,maka kau akan marah dan tak mau lagi bicara padanya.
Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu,engkau akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kau CINTAI menyakitimu,kau akan berkata,”Tak apa dia hanya tak tau apa yang dia
lakukan.”
.
Pada saat kau SUKA padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kau SAYANG padanya, kau akan MEMBIARKANNYA memilih.
Pada saat kau CINTA padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus.
.
SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kau akan menemaninya tak perduli bagaimana pun keadaanmu.
.
SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.
Cinta diciptakan oleh Tuhan untuk mengunggulkan kelebihan orang lain dan menutupi kekurangannya, sehingga terciptalah equilibrium.
Mak Peah Paha Besar: Bagi aku, cinta dan sayang adalah 2 perasaan yang berbeza. Sayang itu adalah perasaan yang timbul bila yang mendorong kita untuk melakukan sesuatu dengan perbuatan dan bukan hanya melalui kata-kata. Contohnya mengambil berat, membantu kerana dasar sayang. Dan sayang itu tidak semestinya cinta. Sayang boleh jadi terlalu subjektif berdasarkan subjek yang disayang. CINTA itu perasaan yang terlalu mendalam. Equation yang paling senang CINTA = SAYANG (terlalu banyak) yang mana memberikan seseorang itu satu rasa yang paling mudah ialah ingin sentiasa berbakti kepada yang dicinta tanpa mengharapkan apa pun balasan. #Yordeh. Boleh jadi Misi Cintan
No comments:
Post a Comment