Monday, 7 January 2013

Elak diri dari menonton Elak-elak!!!

Assalamualaikum..

Ada ilham plak. Nak cita pendapat sendiri la pasal one of the new astro tv program which is ELAK-ELAK. Ala program sempoi yang penuh pengisian dan message yang diterajui oleh Apek, Rahim R2, Arin, Jehan and Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz sebagai Pak Syeikh.

Aku suka program itu. Honestly. Die bagi pengajaran yang mudah untuk kita faham dengan cara yang ringan. Yang aku rasa semua orang boleh relatekan dalam aktiviti seharian dan amalkan yang baik-baik saja. Tetapi, dalam suka aku ada masalah sedikit dengan program ini. Mungkin masalah bagi aku saja. Tidak pada orang lain. But, mula-mula nak mintak maaflah kepada tuan punya program dan astro. Ini hanya pendapat peribadi saja.

Dalam episod Pilih Kasih, yang Apek jadi Oppa, Rahim jadi cucu tu. Aku faham kot tujuan adalah nak cakap sikap pilih kasih ni tak elok tak baik. Tetapi yang aku takleh nak terima perlu ke Rahim dan Apek dirias seperti seorang wanita? Aku rasa tak perlu kot. Boleh je Jihan jadi Oppa dan Apek n Rahim jadi cucu lelaki or tak perlu ditukarkan "jantina" mereka itu demi menyampaikan mesej yang disampaikan. 

Sabda Rasulullah SAW : عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya.

Sabda Rasulullah SAW عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)  

Kedua-dua ini jelas lelaki menyerupai wanita atau vice versa adalah HARAM. Pak Syeikh mungkin boleh menasihati ketua program ini kerana saya nampak kredibiliti Pak Syeikh mungkin dipersoalkan kerana membiarkan semua ini berlaku. Matlamat tak menghalalkan Cara.  

Mak Peah Gebuz:  Bukan nak tunjuk baik, sekadar meluahkan pendapat. Yang buruk dari saya, yang baik semua dari Allah SWT 

No comments:

Post a Comment